Saturday, May 9, 2015

2015 Kejohanan Kriket SBP Kebangsaan Zon 2 @ SAMURA


PERKARA :
Kejohanan Kriket Kebangsaan SBP 2015
TARIKH ARTIKEL :
15hb Februari 2015Kejohanan Kriket Kebangsaan SBP 2015 bagi Zon 2 telah berlangsung di SM Sains Muar pada 11hb - 14hb Februari 2015. Kesemua 3 oval telah dipenuhi dengan gelagat dan aksi yang dramatik kerana semua peserta berjuang sehabis baik demi memperoleh kedudukan tertinggi peringkat kebangsaan. Kejohanan tahunan ini agak menarik kerana Johan Kejohanan akan layak untuk menyertai Kejohanan Kriket Juara-Juara peringkat Antarabangsa di SEMESTA, Raub, Pahang. Alhamdulillah dengan berkat doa, usaha dan kesabaran semua, SM Sains Johor telah muncul JOHAN dalam kejohanan tersebut. Sebagai Bonus, 3 daripada 4 anugerah utama iaitu "Best Bowler, Best Wicket Keeper dan Best ALL Rounder"  telah digondol oleh pelajar kita dalam kejohanan tersebut. Tahniah kepada Ust. Zakaria bin Yatimin, En. Abdul Aziz bin Rebu dan En. Nukhairi bin Mohd Sohar serta semua yang terlibat kerana berjaya membimbing pasukan Kriket SM Sains Johor ke tahap tertinggi di Malaysia.

No comments:

Post a Comment